gEwaNG CluB@CasTiNG

Tuesday, April 28, 2009

peralatan casting Tok mulu polis gila

nie atara alat tok bru beli ari isnin...biasa la dpt gj blnje la untuk hobi kite kn..heheheh
luu org tgok la sendiri ngn jelas neh

RapaLa


umpan jenis rapala nie mmg sohor and ramai org guna..bgtu jg tok..
tok guna jenis rapala mcm nie...dah 2 ekor dapat ...
Fast 1kg lebih...yang k2 4 kg cukup2...tp blan nie j dah 3 gewang sme tok beli..fast putuh bahang ke ikan power pro 30 poun...k 2 lekat batu.3x stik dah putus..memang komang ar power pro..memang xthan geseran batu..

Rebel

dr yg aku tgok ar umpan ni biasa kakap yg bear tupas dpan mate aku dlm 9.5 kg,9.8 kg..

SpiderWire

assalamulaikum..
disini tok nk memberitahu serba sedikit ttg spiderwire n dr pngalaman tok menggunakan...nya...spiderwire yg aku gne nie saiz 30 poun panjang 300 yatt harga rm110..
spiderwire nie mmg than lasak dan sesuai untuk dimain kan di kawasan berbatu dan berteritik serta di tiang2 jambatan...ia juga tahan geseran..

Saturday, April 25, 2009

SiakAP Air TawaR

Siakap ni kena pandai baca air. Sebab siakap ni suka duduk muara sungai, seelok-eloknya masa nak mancing dia ni ialah masa air dah dekat-dekat nak pasang penuh sebab masa tu tahap kemasinan/kepayauan air laut yang bercampur dengan air sungai cukup sesuai dengan siakap ni. Lagi pun masa tu arus dah tak kuat, senang nak buat kerja.

Mancing siakap kalau ikut stail saudara yang taknak main casting ni paling mujarab pakai umpan hidup seperti udang atau belanak hidup. Ikan jenjulung pun boleh. Tapi kena guna pelampung.

Tali utama dalam 10-20lbs dah cukup. Rod jenis fast action sesuai dengan kekuatan tali utama.

Perambut kena kasar sikit dalam 30-50lbs dari jenis abasion resistant sebab siakap ni cekap memutuskan perambut dengan menggunakan penutup insangnya yang tajam tu. Tak perlu guna perambut dawai sebab tips yang saya dapat dari pakar siakap dari Halco iaitu Mr. Barefoot Hodgie mengatakan perambut dawai ni mengakibatkan wujubnya tenaga elektrik yang menjadikan siakap culas untuk mendekati umpan.

Cara ikat (rigging) ialah batu ladung kecil diletakkan di antara umpan dengan pelampung supaya umpan tenggelam dan tak dapat berenang menghampiri tali yang akhirnya menyebabkan tali berselirat dengan perambut/umpan.

Jarak umpan dengan pelampung bergantung kepada kedalaman air, kalau sungai tu dalam kena panjangkan lagi sebab siakap berlegar mencari mangsa di antara pertengahan air ke bawah permukaan air. Itulah sebab dia cukup suka dengan belanak sebab belanak duduk kat permukaan air - senang dia serang hendap dari bawah. - wahoo (edited)

kalau nak casting atau trolling di muara...waktu afdal adalah waktu air surut ataupun mula2 nak pasang...waktu ni senang sikit nak perdaya depa sebab depa duk di kawasan yg ada struktur...umpamanya...batu2, kayu2, tiang2 jambatan, tongkang pecah dsb...menunggu ambush anak2 ikan...so, Bro pergi casting di kawasan2 strategik macam ni lah...kalau air pasang, depa agaknya masuk dlm bakau ikut anak2 ikan yang masuk ke dlm bakau utk cari makan...so, susah sikit nak casting.... - oakinn (edited)

Wild siakap on lure saya pernah dapat sekali masa jigging 5gm halco jig masa tengah carik Tarpon. Mula-mula memang dapat banyak tarpon saiz power even pada shimano 2500 (reel ultralight time nie rosak pulak); reel asyik menjerit.

Nasib baik sebab lepas tu kena siakap...mencicit tali keluar, tapi reel agak power, so siakap dapat didaratkam lepas beberapa kali dia buat pecutan mengegarkan jiwa. Bawak balik makan, tapi tak sedap sebab siakap payau dan dan banyak sangat freshwater kat situ (better release next time). kena siakap beberapa kali, tapi asyik terlepas, baru-baru nie micro popper altima pun kena hentam dipercayai siakap, tapi terer betul dia bawak masuk reba. 2 kali siakap hentam popper river2sea, tapi tak hook-up tapi bunyi sedutan dia tu cukup menggegarkan jiwa. Msalah utama teknik retrieve untuk siakap dan tarpon berbeza sebab untuk tarpon kita lebih agressive mainkan lure, itu mungkin sebab utama siakap selalu terlepas. Sally yang main slow selalu kena siakap dan haruan air payau berbanding tarpon.

Kat semi-wild (retention pond); banyak siakap tertipu dengan lure (macam-macam jenis lure buleh). Nampaknya teknik stop and go antara teknik terbaik sebab cara makan dia yang suka menyedut lure.
Macam wahoo cakap, takpayah guna wire leader, mono leader dah cukup even siakap below 500gm buleh kesatkan tali dengan mulut dia tu, saya belum pernah kena potong dengan operkulum(pipi) dia tu lagi. Rajin-rajinlah tukar leader bila selalu kena siakap especially lepas dia telan lure.

Siakap merah pun kena mainkan lure perlahan, saya fail bab retrieve perlahan; dah 2 kali siakap merah wild nie terlepas depan mata sebab saya ganas sangat retrieve dan fight dia sebab tempat penuh reba...kena menuntut kat master bowjenk lagi la....- sild

Sebenarnya tgk air keruh nih byk definisi die. Air jernih pun x sesuai utk siakap. Die akan guna seluruh pancaindera die ketika air jernih dan senang mengesan bahaya.
Keruh.. kerana hujan dihulu bawa air tawar ke muara mmg x sesuai. Air jadi tawar.. dan ikan kurang selera dan akan keluar dari muara utk sementara. Tp jika sungai itu tidak mempunyai masalah.. air tetap payau walau hujan. Masih ada peluang.

Cara nak tengok air keruh yg masih bleh jejak siakap. celupkan tangan dlm 1 kaki. Tgk tapak tangan samada jelas atau tidak. Jika sejelasnya.. air jernih sgt. jika x nampak.. keruh sgt. Yg plg sesuai.. air nampak 'berdebu'.... tak keruh dan x jernih.

Rupa gewang kakap yg popular turun temurun tempat kawe, biasalah minnow yg panjang2. Jenis minnow nih bleh dikatakan pelbagai tempat bleh pakai. Selain minnow, Rapala 'Shad Rap' sesuai jugak. Ini gewang2 asas. Warna utk gewang asas.. yg mempunyai tone Biru/silver@putih dan Hitam/Silver@putih. 2 jenis warna asas itu sesuai utk cuaca terang dan air yg agak jernih. 2 jenis warna itu jugak mewakili warna 'natural'. Warna biru pernah terbaca penjelasan saintifik... ikan dapat melihat jelas warna biru dlm air tak lebih 5 kaki.
Contoh.. Rapala Husky/Husky Jerk/Original Floating/Countdown/Shad rap, Nils Master Invisible/spearhead, Rebel Minnow, Bomber 'long A' dll

Jika suasana air sungai tempat berlainan.. agak kekuningan atau coklat sedikit. Warna sesuai adalah gewang berasas warna coklat/ gold/kuning/oren. Kiasan warna coklat/gold/kuning/oren dlm kondisi air coklat/kekuningan akan menghasil efek 'natural' jugak pada gewang.

Jika sungai itu berair 'hitam' dan agak gelap.. dan bila diuji dgn tapak tangan seakan warna nescafe o cair. Gewang warna 'aussie style' spt pink, biru terang, fire tiger agak sesuai. Tp kegemaran individu kawe, memilih biru terang atau pink utk menduga air begitu. jika gewang cetek (shallow diver) kawe pilih biru dan jika dalam pilihan Pink @'Elton John' (deep diver). Warna2 gewang aussie mmg terang2/shining. Ini kerana mat saleh aussie..berpegang prinsip 'Action is everything'. Sbb itu diorang mmg sengaja mengenakan warna yg melawan hukum 'natural'. Setau kawe Dave Killalea 'Killalure' yg mulakan trend ini utk mengatasi gewang finland yg dominasi pasaran Aussie pd awalnya spt Rapala & Nils Master.

Contoh air yg sememangnya patut lupakan niat casting kakap- Air teh tarik dan Kopi susu! Jika air begitu gewang2 apapun bergantung luck semata2!

Tp itu cuma panduan utk pilih gewang. Bab casting kakap bermula dari 'tgk air' utk tau selera ikan. Lepas tu mengesan kakap bermain dan tempat die menghendap. Plg best jika dgn die mnghambur dan menangkap anak ikan. Jika nak tau bunyi kakap menangkap.. ada bunyi 'Boof!!'. Dan ada gewang Mann's utk kakap (rupa mcm Mann's Stretch).. 'Dr. Boof Bait'.
Mancing kakap mmg kena usaha lebih sket, sbb susah mancing dgn semata2 bergantung pada nasib. Kena rajin dan disiplin utk ikut waktu air. Sifu kawe dulu cakap...'mung nok ngail kakap, mung kena belajor dulu berfikir macam kakap!'.

warna air jugak bleh mempengaruhi warna sisik kakap putih. Dari warna pun bleh anggarkan kualiti daging kakap putih.

kawe utk kakap.. 16-18lb mono. Jgn pilih tali jepun kerana diameter kecik x tahan geseran. Kawe pilih Maxima 'green' kerana lasak. Legend2 kakap Ganu selalunya fanatik dgn tali 'cap ikan kuning' kerana 'kurang spring'. Tali nih murah aja.. tp otai cuma gunakan utk naikkan dlm 2-3 ekor ikan, dan diorang buang dan isi baru.
Tali yg baru diisi dlm spool, WAJIB di 'buang spring' dulu utk elak masalah dimasa depan. Caranya.. selepas isi tali dlm spool JANGAN terus memancing. cuma pasang ladung.. dan casting la sekurang2 50 kali.. lagi byk lagi bagus. Baru tali takkan buat masalah spt
bihun@birdnest.. lebih2 lagi kat baitcaster. Dan anda takkan mengeluh dgn tali diameter kasar spt MAXIMA.

Jika anda main casting gewang.. jika anda mmg pemancing aktif. Harus dibuang dlm hujung dlm 2-3 kaki setiap kali turun. Ini utk elakkan tali injured yg akan kecewakan anda nanti (sbb masa casting mmg tali akan bergeser dgn pelbagai struktur). Sbb itu jarang pakai tali yg mahal2.. - silverbarra (edited)

Teknik Mengawal Joran

Tabiat sesetengah ikan terutama ikan yang bermain didasar laut atau sungai, untuk melepaskan diri ialah dengan cara melarikan diri di celah-celah batu karang atau pokok-pokok tumbang atau dicelah akar kayu. Apa yang perlu anda lakukan, cuba halang perkara ini daripada berlaku dan ia memerlukan kemahiran tertentu. Jika ikan sempat mencari perlindungan, anda akan tertewas tapi jika anda ketatkan butang tarikan pada kekili, tali akan putus. Teknik yang sebaiknya ialah:-

1. Dengan cara menjatuhkan hujung batang joran selari dengan tarikan ikan tersebut. Biarkan ikan menarik tali itu dalam keadaan lurus.
2. Selepas itu anda tarik semula tali pancing dengan mengangkat batang joran dalam keadaan selari dengan tarikan ikan itu.
3. Perlu diingatkan, ketika anda menjatuhkan hujung joran ketika ia menerima tarikan, acap kali ikan berkenaan akan berhenti buat seketika. Jika keadaan seperti ini berlaku, masa itulah anda kawal ikan tersebut dengan melawan tarikannya pula.
4. Dengan berbuat begini kemungkinan besar anda pasti berjaya menewaskannya.


Bagaimana menjaga peralatan memancing ?

A. Sukan memancing hari ini diceburi oleh semua golongan masyarakat. Yang berpendapatan tinggi ,sederhana dan rendah semuanya ada. Cuma mungkin perbezaan ketara ialah padang pancing dan peralatan yang digunakan . Peralatan yang mahal tidak semestinya tahan lama kalau tidak ada perjagaan rapi dan yang murah belum tentu cepat rosak kalau pandai menjaganya. Samada memancing di laut atau darat, implikasi masalah tetap sama. Namun memancing air masin lebih tinggi risiko kerosakan dari memancing air tawar. Kadar oksidasi air masin mempercepatkan tindakbalas yang menghasilkan karat. Disini diberi beberapa langkah yang berkesan untuk menjaga peralatan pancing supaya dapat bertahan lama.

1. Sewaktu pulang dari aktiviti memancing, luangkan sedikit masa dengan mencuci ataupun melakukan service ringkas untuk semua peralatan yang digunakan semasa memancing. Kekili dan Joran perlu dibilas dengan air paip selepas memancing. Pastikan ‘drag’ dan geledung kekili diketatkan sebelum dibilas. Ia bertujuan mengelakkan air dari memasuki bahagian dalaman kekili. Jangan sama sekali merendam kekili dalam air semasa mencucinya. Selepas mencuci biarkan seketika hingga kering dan lapkan sekiranya terdapat lebihan air terkumpul. Gunakan WD-40 atau minyak mesin jahit untuk menyembur bahagian yang bergerak terutama pemegang, dalaman geledung dan sebagainya yang dirasakan perlu. Longgarkan ‘drag’ kekili pada tahap minimum serta pisahkan kekili dari joran sebelum menyimpannya ditempat tidak tercapai oleh anak-anak. Pemancing tidak digalakkan menyimpan joran dan kekili didalam bonet kereta terlalu lama kerana bonet yang berhabuk dan berpasir boleh memendekkan hayat kekili dan joran.
2. Untuk mata kail jangan campurkan yang telah digunakan bersama-sama yang baru. Karat akan mudah merebak pada mata kail lain terutama mata kail jenis tidak tahan karat. Asingkan dalam tempat khas sekiranya ingin digunakan lagi. Jika mata kail kurang tajam gunakan kikir halus atau kertas pasir bagi mengasahnya menjadi tajam semula. Disyorkan gunakan mata kail yang tahan karat kerana ia tahan dan boleh digunakan berulang kali.
3. Playa adalah salah satu peralatan penting dalam memancing. Jika pulang dari memancing cuci dengan air , lap dan di sembur dengan WD-40 terutama pada bahagian tengah bagi tidak ketat dan lancar pergerakkannya.
4. Tali pancing pada geledung perlu diperiksa sebelum turun memancing. Geledung perlu di jirus supaya air masin tidak terkumpul. Jangan sama sekali menarik tali yang tersangkut menggunakan joran. Joran akan mudah patah. Cara seeloknya luruskan joran dan ketatkan ‘drag’ sedikit dan kemudian tarik tali dengan menggunakan kain. Bagi pemancing tebing atau pantai, elakkan pasir atau lumpur dari memasuki kekili. Ini boleh menyebabkan kekili mudah rosak kerana bahan-bahan ini akan bertindak seperti kertas pasir yang boleh menghakis ‘gear’ dan alas bebola kekili.
5. Kekili lama yang rosak jangan dibuang kerana ia mungkin ada kegunaan seperti untuk dijadikan ‘spare parts’ kerana tidak banyak kedai pancing yang menjual barang gantian untuk kekili.

Panduan diatas dicatitkan mengikut pengalaman saya. Ramai pemancing lain mempunyai panduan menjaga peralatan pancing masing-masing supaya tahan lama. Ia nya bergantung kepada pemancing itu sendiri yang menentukan amalan perjagaan peralatan . Dibawah ini pula saya akan ‘kupas’ secara terperinci tentang peralatan yang digunakan semasa aktiviti memancing:

B. Tali – Perkara Utama yang harus dilakukan ialah memeriksa ‘tali ibu’ di kekili dengan mempastikan tali tersebut tidak luka atau keras. Pemancing diingatkan agar tali ibu itu bersesuaian dengan kekili kerana ada setengah pemancing menggunakan kekili yang kecil tetapi dipadankan dengan tali yang besar. Anggapan agar mudah menarik ikan yang besar. Sebenarnya itu satu kesilapan kerana masalah yang kerap timbul ialah;

1. Sukar membuat lontaran jauh dan tepat.
2. Tali mudah keluar dan ‘berserabut’, secara tidak langsung memaksa pemancing memotong tali bermasalah ini dan ia akan menjadi sedikit didalam kekili.
3. Tali yang keras pula akan sentiasa ‘bergulung’ dan sukar menegangkannya dan ini memaksa pemancing menggunakan batu ladung yang besar namun tanpa disedari tali tersebut sebenarnya telah reput dan mudah putus.

Nasihat kepada pemancing, apakiranya mengeluarkan sedikit modal membeli tali yang sepadan dan mempunyai kekuatan seimbang dengan kekili yang digunakan agar tidak berputih mata. Persoalan disini bilakah anda perlu menukar tali pancing? Catitkan

1. Kekerapan anda menggunakan tali itu.
2. Cara-cara anda menggunakan tali tersebut.
3. Pendedahan tali itu kepada cahaya matahari.
4. Menyimpan tali ditempat yang tidak sesuai.

Perkara yang kerap merosakkan tali pancing (kesimpulan dari masalah diatas)

1. Kekerapan tali pancing menerima tarikan yang kuat bukan saja datang dari ikan tetapi juga dari diri anda sendiri ketika tali itu tersangkut pada batu karang atau dahan-dahan kayu didalam air tempat anda memancing. Kerosakkan teruk adalah pada hujung tali ini secara tidak langsung melemahkan tali dan bahagian ini harus dipotong.
2. Tali yang pecah dan bertukar warna. Cara memeriksanya mudah dengan hanya menggunakan jari. Tali yang rosak ini boleh mengurangkan sehingga 50 % kekuatan tali asal. Oleh itu ia harus ditukar segera.
3. Pendedahan yang terlalu lama kepada cahaya matahari terutama belakang kereta boleh mengakibatkan kerosakkan kepada molekul tali tersebut. Anda boleh mengesan kerosakkan pada tali dengan melihat perubahan pada warna dan kekerasan tali. Tempat menyimpan dibawah tekanan lembab spt. terdedah kepada embun, tempias hujan serta berhampiran peti sejuk, tv. atau alat penghawa dingin turut merosakkan tali.
4. Bahagian batang pancing yang rosak terutama di ‘cincin’ joran seperti berkarat dan berkerutu adalah salah satu punca utama tali mudah rosak, luka dan mudah putus. Oleh itu seringlah mempastikan perkara-perkara diatas dapat diatasi jika tidak tali terpaksa ditukar baru.

Siakap putih yang tumbang

assalamualaikum cumer....
aku nk citer ckit nih..
pd bulan 4 aku ad bljar gewang ikan siakap putih...
entah dri mne tiba2 aku jd minat gewang nih...
aku budak baru dlm bdang gewang nih...wlaupun bru awok2 gewang pngil aku tok mulu krn tiap2 mlm aku turun gewang kt polis gila...tiap2 mlm la aku gewang...
mnggu pertama aku gewang aku dpt ikan kerapu 2 ekor n kuku....
tp aku xsmpt amik pic la...
mggu kdua aku dpt siakap pitih lam 1 kg lbih...
tp ni pic mgu k-3 aku gewang siakap..

memang kau xsangka ar dpt besar nie...aku bajer nk ikan kecil j..rupe mak ikan yg aku dpat....memeng rezeki aku lah kot...hehehehe
aku gna umpan jenis rapala dan mesin yg secand hand j aku beli kt kedai tu pon harga rm80 yal jah..biasa la bru nk menceburi kte kan...ni ar mesin yang aku beli n umpan yg ikan makan....kau org nk thu umpan ni yah kdua aku beli jnis sme..fast aku beli pd 10/04/09 mse tu bru dap sekor ikan siakap..pd mlm 11/04/09 umpan ni putus dimakan dek ikan yag besar lah..aku pakai benang jnis power pro 30 poun dan dawai cap gajah..sdih giler ar gewang putus..tp pd mlm tu xsia2 la member ikan yg mkn gewang aku spa putus tu dpt la...heheheh..mk tgok pic x..
kau org thu x ni siakap 9.5 kg dpt pde mlm 11/04/09 dpn mte aku ikan nie tumbang di mte gewang.....mnyesal gler kau tgok member aku dpt ikan nie..mne xmnyesal nya gewang aku putus dik mkn ikan siakap mybe bsar ni gokj kot.hehehe...


pada 16/04/09 sekor lg siakap ditewaskan..hppy gler la ku tgok...
ikan xberat cuma 9.8 kg j.hehhehe..
ngan ksut concesr aku besar ikan ni lg...huhuhu...

aku ad dgar cite pd mlm 21/04/09 lubuk yg sme siakap putih seberat 10 kg tumbang di kaki pancing...mse tu aku ak kt umah mak sdre aku kt kerteh....jd aku xg gewang la..tu pon mber aku yg bagitau kt aku.....lubuk ni memang best at gewang siakap...klu xdpt xpe..klu dpat mmg puas hti...tp mlm 25/04/09 aku turung gewang lewat tp member kau ad kte yang dia lokoh 2 kli..siakap besar kte dia..tp mmg btul aku tgok ar mlm tu ank ikan andeng sebesar lengan lari bertempiaran menyelamatkan diri tkut dimakn dek siakap..mybe 2 3 hri lgi tumpas la siakap tu..insyaAllah klu ad rezeki.....
skg ni aku tgu gj msuk 28/04/09 aku nk beli benang spider wayer 300 yat 30 poun j...rami org syorkan gna spider wayer krna ia kukuh n lasak dengan teritik dan kawasan berbatu serta di kawasang tiang jambatan..umpang aku nk beli jenis ribee n rapala..